Kata kata cinta dan Motivasi cinta
Cinta bukan hanya untuk di nikmati saja mungkin kita membutuhkan air mata untuk dapat merasakan cinta itu seperti apa.
Anda yang mencintai dia akan merasakan takut kehilangan dia, walau dia berkata dia akan selalu ada untuk anda.
Anda yang mencintai dia akan diam untuk
beberapa detik saat kalian sedang telfonan itu karna anda nervous saat
mendengar suara indah pasangan anda.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang.
99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan
kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang
sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang
yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada
saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti
bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti
sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi,
menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan
padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang
yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan
diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti
ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun
dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan
menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana
embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain
perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di
sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang
tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya
sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa
raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu
untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan
jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua
tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya
dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah
dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang
indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak
berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan
kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai
juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi
kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah
memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. :)
No comments:
Post a Comment